Skip to content
MyLawak.com
  • Home
  • About Us
  • Contact Us
  • Privacy Policy
  • Lawak
    • Cerita Lawak
    • Kata Kata Lawak
    • Pantun Lawak
    • Teka Teki Lawak

Teka Teki Lawak

teka teki lawak dan jawapan

Jom cuba teka teki dan jawapan yang kami sediakan dibawah. Ianya merangkumi teka teki susah, teka teki kelakar, teka teki lucu dan banyak lagi. Kami akan cuba sebaik mungkin untuk mengemaskini koleksi teka teki ini untuk hiburan anda semua. Jika terdapat masalah, anda bolehlah hubungi kami menggunakan contact form yang disediakan. Semoga anda terhibur dengan teka teki yang disediakan ini. Terima kasih.

Ambil susah, dapat buang sahaja

Bila nak ambil sedikit susah. Namun, bila sudah dapat kita buangnya sahaja. Apakah itu?

Lihat Jawapan
Tahi hidung.
Categories Teka Teki Lawak

Ikan yang boleh digunakan untuk mengikat

Ikan apakah yang boleh digunakan untuk mengikat?

Lihat Jawapan
Talipia.
Categories Teka Teki Lawak

Anggota badan buaya yang terdapat di darat

Anggota badan buaya apakah yang terdapat di darat?

Lihat Jawapan
Lidah buaya.
Categories Teka Teki Lawak

Kenapakah hidung lembu berair?

Kenapakah hidung lembu berair?

Lihat Jawapan
Kerana lembu tidak pandai kesat hidung.
Categories Teka Teki Lawak

Apa yang mahal pada BMW?

Apa yang mahal pada BMW?

Lihat Jawapan
Huruf W. Cuba tukarkan huruf W dengan X. Jadi BMX. Kan dah jadi murah.
Categories Teka Teki Lawak

Makan Berasa, Tak Makan Pun Berasa

Kalau kita makan kita berasa, kalau kita tak makan pun kita berasa. Apakah itu?

Lihat Jawapan
Makanan. Kerana kalau tak makan kita akan berasa lapar.
Categories Teka Teki Lawak

Persamaan Ikan Kod dan Kod Gitar

Apakah persamaan di antara ikan kod dengan kod gitar?

Lihat Jawapan
Kedua-duanya boleh digoreng.
Categories Teka Teki Lawak

Sungai yang tiada air

Dalam banyak-banyak sungai, sungai apa yang tiada air?

Lihat Jawapan
Sungai dalam peta.
Categories Teka Teki Lawak

Sungai apa yang paling kurus?

Sungai apa yang paling kurus di dunia?

Lihat Jawapan
Slim River.
Categories Teka Teki Lawak

Apa yang anda lakukan jika melihat orang hijau?

Apa yang anda lakukan jika melihat orang hijau?

Lihat Jawapan
Lintas jalan.
Categories Teka Teki Lawak
Older posts
Page1 Page2 … Page11 Next →

Lawak Rawak

  • Kenderaan apa yang paling banyak tayar
  • Lempar duit jadi apa
  • Cara mudah untuk membuatkan orang mengingati kita
  • Asal dari ayam, tapi tak sebut ayam?
  • Nenek siapa yang jalannya meloncat-loncat?

Cari Lawak

Lawak Terbaru

  • Pak Guard Suruh Aku Balik
  • Lawak 3 Orang Menaiki Motor
  • Ibu Membunyikan Hon
  • Buku Cerita Sedih
  • Fakta Orang Pemalas

Kategori Lawak

  • Cerita Lawak
  • Kata Kata Lawak
  • Pantun Lawak
  • Teka Teki Lawak
© 2023 Mylawak.com