Pak Guard Suruh Aku Balik

Aku selalu duduk dekat ofis sehingga waktu malam, kerana waktu malam lebih tenang untuk aku siapkan kerja aku.

Pada suatu malam ni, ada seorang pak guard suruh aku balik, sebab dah masa dia kunci pintu.

Aku kemas beg cepat-cepat dan terus bergegas keluar dari ofis tu.

Sebabnya, aku tau, yang ofis aku tu mana ada pak guard!

Lawak 3 Orang Menaiki Motor

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik.
Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, ‘Tak Muat Dah
Tok, Kami dah bertiga !!!

Ibu Membunyikan Hon

Pada satu petang, si ibu membawa anaknye berusia
4 tahun bersiar-siar dengan menaiki kereta. Dalam perjalanan si ibu membunyikan
hon.
Anak : Kenapa ibu bunyikan hon & siapa orang tu?
Ibu : Tu sedara kiter, kenalah hormat.
Dlm perjalanan mereka seterusnya mereka
terserempak dgn seekor lembu yang
nak melintas lalu si ibu membunyikan hon.
Anak : Itupun sedara kiter jugak ke???

Buku Cerita Sedih

SUAMI : KENAPA SAYANG MENANGIS?
ISTERI : SAYA TELAH BACA SEBUAH BUKU. SAD ENDING
LAH BANG…
SUAMI : BUKU APA?
ISTERI : BUKU BANK ABANGLAH….

Murid Hilang Duit

Pada suatu hari di sebuah Sekolah Rendah, ketika itu waktu rehat dan terlihat di halaman sekolah tersebut seorang pelajar sekolah darjah satu menangis dengan kuatnya. Lalu, bertanyalah salah seorang gurunya.

Guru : “Kenapa menangis?”

Anak : “Duit saya hilang sepuluh ringgit Cikgu” (jawabnya sambil menangis)

Guru : “Sudahlah jangan menangis ye…nih Cikgu beri sepuluh ringgit.”

Namun pelajar tersebut menangis semakin kuat. Cikgu pun menjadi lebih hairan.

Guru : “Aik… menangis semakin kuat? Kan Cikgu sudah ganti sepuluh ringgit.”

Anak : “Iya Cikgu…tapi kalau tadi duit saya tidak hilang,kan sekarang duit saya ada dua puluh ringgit.”

Guru : “??!!!”